Rabu, 13 November 2013

Irfa Khairi Jutawan Internet



Irfan Khairi
Motivator perniagaan & kekayaan
Latar Belakang
Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire
University, United Kingdom.
Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat
IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia
dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran
Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada
ketika ini, lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan
sistem Learning Grid tersebut. Oleh kerana ,minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.

Selepas memdapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9 – 5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas satu tahun beroperasi. Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 – tanpa pekerja dan peralatan computer yang canggih. Modal permulaannya hanya RM500. Ketika itu, beliau hanya berusia 25 tahun! Atas inspirasi yang telah ditunjukkan, beliau telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom. Ianya dianugerahkan atas usaha beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai generasi baru Malaysia dalam bidang Internet dan Kejayaan.

Media

Pakar perniagaan Internet, Irfan Khairi adalah seorang speaker pakar, penulis buku terlaris dan personaliti TV/Radio. Selepas mendalami ilmu pembangunan diri dan menyelidik beribu insan dan perniagaan yang berjaya, Irfan telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya. Seorang jutawan ketika berumur 25 tahun melalui perniagaan Internet, Irfan Khairi percaya bahawa mindset adalah kunci dalam membina kekayaan dan telah membantu ramai menjadi bebas kewangan.

Antara pencapaian dan penglibatan beliau :


Nescafe Kick-Start (Reality TV)  Judge     TV3

Menjana Impian (Reality TV)   Mentor     TV9

Get Set Go     Host     TV2

WW “Bersama irfan Khairi”   Segment Host    Astro

Radio

Jutawan Bersama Irfan Khairi  Host           Radio24 

Yo! (Program Remaja)   Host           Radio24

     

TV (Tetamu)

Selamat Pagi Malaysia        RTM1

Al-Bayan          RTM1

Warta Perdana         RTM1

Hello on Two          RTM2

Aura Rasa          RTM2

Jangan Tidur Lagi         TV3

Malaysia Hari Ini (2006, 2007, 2008, 2009)      TV3

Gedik Santai          TV3

Channel 8 News “Towering Malaysians”      TV8

TV9 News          TV9

Usik Usik bersama Chef Wan        TV9

Keluarga di-9          TV9

Apa ke halnya?         TV9

Semanis Kurma         TV9

Perspektif Kita         Astro

Temujanji          Astro

Gala TV          Astro

Berita Bernama         Astro

Majalah

Maskulin     Cover story

Tunas Cipta     Cover story

Apprentice     Cover story

NUR      “Bukan mudah untuk jadi Jutawan”

Dewan Masyarakat    “Jutawan Muda, irfan Khairi

Dewan Ekonomi    “Jutawan sebelum berumur  30”

Mingguan Wanita  4

Men’s Health

Aspirasi (Singapore)

Dara.com     “Resepi kejayaan anak muda” 

Majalah I     “Jendela Keluarga”

Akhbar

New Straits Times    “Young, Internet Savvy and Rich”

Mingguan Malaysia    “Sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan”

Berita Minggu

Berita Harian

Kosmo      “Kisah Jutawan Muda”

Harian Metro     “Irfan: Jutawan Internet Muda”

Berita Harian, Singapore

Utusan Borneo
 
Sumber : http://www.irfankhairi.com/download/bio_irfan_khairi.pdf

En. Aziz Samad Jutawan MLM


 
Nama sebenar beliau adalah Abdul Aziz Bin Abdul Samad merupakan seorang usahawan MLM/Network Marketing yang luar biasa hebat. Beliau berasal dari keluarga yang susah dan mempunyai bilangan adik beradik yang ramai. Beliau merupakan seorang kerani sebelum menceburkan diri dan menjadi usahawan MLM/Network Marketing.

Kisahnya bermula dengan gaya tipah tertipu oleh seorang kawannya 14 tahun yang lepas apabila beliau telah ditipu diajak datang temuduga untuk kerja sambilan. Beliau mula percaya bahawa MLM/Network Marketing merupakan salah satu landasan untuk orang yang miskin seperti beliau untuk mengubah hidup. Bermula dengan karier sebagai usahawan MLM/Network Marketing bersama dengan syarikat Zhulian Marketing, beliau mula mengorak langkah dan berjaya mencapai pendapatan terkumpul RM 1 juta (RM1,000,000) selepas 14 bulan.

Beliau telah menyertai 8 syarikat MLM/Network Marketing dan kebanyakannya berkubur begitu sahaja kerana syarikat yang tidak kukuh. Namun, setiap syarikat yang beliau sertai, beliau sempat mencapai status jutawan.

Sebelum beliau menyertai Kenshido International berteraskan produk Score A Programme, beliau bersama dengan sebuah syarikat MLM/Network Marketing dan mempunyai pendapatan yang stabil sekitar RM40 ribu (RM40,000) sebulan. Apabila beliau diperkenalkan dengan Score A Programme, beliau telah nekad dengan berhenti terus dari syarikat yang beliau sedang bergiat dan menyertai Kenshido International Sdn. Bhd. pada 1 April 2006.

Beliau telah menaja 8 orang pada hari pertama dan seterusnya meraih pendapatan RM28,800 pada bulan pertama penyertaan beliau. Seterusnya pada bulan kedua beliau meraih pendapatan RM108 ribu (RM108,000). Dalam masa 7 bulan pertama, beliau telah mengumpulkan RM1.2 juta (RM1,200,000) dan mencapai status jutawan pertama dan terpantas bersama Kenshido International Sdn. Bhd.

Pada hari ini, beliau telah melahirkan lebih 24 orang berstatus jutawan dalam Kenshido International Sdn. Bhd. disamping 1,000 orang yang berpendapatan 5 angka sebulan. Hasil dari kegigihan dan semangat luar biasa beliau, kini beliau berpendapatan lebih kurang RM 500, 000 sebulan. Kini beliau dinobatkan dengan gelaran Ikon Kenshido International Sdn. Bhd. Semasa perhimpunan 1 Kenshido yang berlansung di PICC Putrajaya, Sifu Aziz Samad telah dinobatkan sebagai Ikon MLM Malaysia atas sokongan Menteri KPDNKK Dato' Seri Ismail Sabri Bin Yaakob.

Terdapat lebih kurang 6,000 penggiat Score A Programme yang bergiat secara aktif di bawah rangkaian beliau di mana beliau sendiri mencurahkan keringat memberi tunjuk ajar dan membantu sehingga ke akar umbi. Kini rangkaian sifu Aziz Samad merupakan penyumbang terbesar kepada pendapat Kenshido International iaitu hampir 70% dari keseluruhan jualan bulanan Kenshido International.


 

Cara Mengembangkan Perniagaan Secara Online


CARA MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN SECARA ONLINE.

1) Mempelbagaikan Pilihan Produk Anda

Ada beberapa cara untuk meningkatkan pelbagai produk yang ditawarkan di laman web anda. Anda boleh menganalisa semula produk-produk yang laris sepanjang musim percutian dan memperkenalkan produk yang hampir sama dengan produk tersebut ke pasaran. Selain dari itu, anda juga boleh meningkatkan kepelbagaian produk di kedai online anda dengan memperkenalkan produk-produk yang unik. Ini akan mempamerkan kelainan kedai anda berbanding pesaing-pesaing anda yang lain. Untuk melakukan tugasan ini, anda seharusnya menjalankan kaji selidik terhadap pelanggan-pelanggan anda untuk mengetahui produk apakah yang mereka inginkan.

2) Mengembangkan Perniagaan Anda Ke Pasaran Asing

Mengembangkan perniagaan ke pasaran asing boleh membantu untuk menjana keuntungan tambahan hanya dengan pelaburan yang kecil. Sekiranya sebelum ini anda hanya mengambil tempahan hanya dari seluruh Malaysia, mulakan langkah anda untuk menjual produk anda di peringkat antarabangsa. Anda boleh mensasarkan negara-negara yang tertentu dengan mencipta produk-produk jualan yang bersesuaian dengan citarasa masyarakat setempat.

Sebagai pelaburan, anda boleh mengklasifikasikan laman web anda mengikut pasaran tempatan dengan cara menggunakan bahasa dan nilai matawang tempatan sebagai medium perhubungan melalui kedai online anda.

3) Meningkatkan Pengalaman Pelanggan

Sukar bagi kita untuk mengukur dan menilai pengalaman pelanggan kita. Tetapi kita perlu sentiasa memantau pengalaman pelanggan ini kerana ianya akan membuahkan hasil perniagaan yang menguntungkan. Untuk menilai pengalaman pelanggan anda ini, jalankan satu kaji selidik untuk memeriksa kepuasan pelanggan apabila melayari kedai online anda. Anda juga boleh menggunakan perunding untuk menjalankan kaji selidik ini.

Hasil daripada kaji selidik ini boleh digunakan untuk anda meningkatkan lagi pengalaman pelanggan anda selain meningkatkan juga keuntungan anda. Apabila pelanggan melawati laman web anda berasa selesa dan berpuas hati terhadap servis dan produk yang anda tawarkan kepada mereka.

4) Melancarkan Saluran Jualan Baru

Salah satu faktor perniagaan secara online dapat berkembang dengan pesat adalah kerana pengenalan pelbagai cara untuk menjual produk. Sekiranya laman web anda tidak memperkenalkan kaedah-kaedah lain bagi tujuan jual beli, ini mungkin akan merugikan anda. Salah satu kaedah penjualan terbaru yang diperkenalkan melalui ecommerce ini adalah perniagaan menerusi peranti mudah alih, atau dikenali sebagai mobile commerce. Mobile commerce ini mampu untuk menjana keuntungan yang lebih dengan pelaburan yang sedikit.

Jualan perniagaan kepada perniagaan atau Busines-to-Business (b2b) juga adalah salah satu saluran perniagaan yang anda boleh di lancarkan. Perniagaan ini memerlukan anda untuk menawarkan ciri-ciri baru di dalam perniagaan anda seperti:

a) Bahagian produk yang dicari dan muat naik
b) Kuota /saham
c) Mengintegrasi sistem perolehan

Akhir sekali, pertimbangkan untuk menjual barangan anda di eBay. Langkah ini adalah mudah dan ianya mampu untuk menjana keuntungan yang besar.

5) Berkolaborasi Dengan Laman Yang Lain

Laman web anda akan menjana keuntungan tambahan sekiranya anda berkolaborasi dengan peniaga online yang lain dengan cara saling menjual produk sesama sendiri di laman web masing-masing. Sebagai contohnya, sekiranya anda menjual perabot rumah, anda boleh bekerjasama dengan peniaga yang menjual produk hiasan dalaman rumah.

Ini akan meningkatkan hasil jualan rakan kongsi anda dan akan memberikan anda keuntungan melalui hasil komisyen daripada jualan tersebut. Selain itu, rakan kongsi anda juga boleh mempromosikan produk jualan barangan anda di laman web perniagaan mereka dan ini akan meningkatkan hasil jualan anda.

6) Menaikkan Harga Barangan

Untuk kepastian, anda tidak boleh menaikkan harga barangan dengan begitu kerap. Walaupun, ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapat lebih banyak wang. Sebaik-baiknya anda seharusnya membandingkan harga jualan barangan anda dengan pesaing-pesaing anda terlebih dahulu sebelum anda menentukan samada boleh atau tidak untuk anda menaikkan harga barangan tersebut.

Seterusnya apa yang anda boleh lakukan adalah untuk memastikan samada pembeli boleh bertoleransi atau tidak terhadap kenaikan harga barangan tersebut, sekiranya anda memaklumkan akan hal kenaikan harga barangan tersebut kepada mereka terlebih dahulu.

Sebagai peniaga, anda juga perlu mengetahui bahawa peningkatan harga yang kecil sekalipun akan membawa pertambahan terhadap keuntungan hasil jualan anda. Anda mungkin akan mengalami sedikit rintangan sekiranya anda melakukan pertukaran harga secara kerap di kedai online atau sekiranya anda hanya menjual satu jenis produk sahaja.

7) Tingkatkan Pemasaran Anda

Anda perlu sentiasa meningkatkan usaha pemasaran anda, baik untuk produk atau laman web anda. Sebagai langkah permulaan, cari maklumat mengenai strategi-strategi yang boleh digunakan untuk mendapatkan pulangan daripada hasil pelaburan anda. Selain dari itu, langkah-langkah dibawah juga boleh digunakan untuk meningkatkan usaha pemasaran perniagaan anda:

1) Loyalty program. Ganjaran kepada pelanggan yang setia menggunakan produk anda.
2) Tawaran Untuk Pelanggan Baru. Hantar emel kepada pelanggan-pelanggan yang belum pernah melayari laman web anda. Sertakan maklumat mengenai kempen jualan anda serta tawaran-tawaran yang akan mereka peroleh.
3) Facebook. Gunakan Facebook sebagai medium perantaraan anda dan juga pelanggan-pelanggan anda. hal ini kerana, Facebook sudah terbukti mudah bagi anda untuk menjalinkan rangkaian serta memperluaskan promosi jualan barangan anda.
4) Free sample. Ini adalah teknik pemasaran yang lama tetapi terbukti berhasil untuk mempromosikan produk.

8) Keperihatinan Terhadap Faktor Keselamatan dan Prestasi

Keprihatinan pembeli terhadap isu keselamatan mungkin akan menyebabkan mereka kurang menggunakan kad kredit dalam urusniaga online. Hal ini juga mungkin menyebabkan pelanggan kurang melawati laman web anda. Dengan menunjukkan pengiktirafan sijil SSL dan mempamerkan logo SSL akan membantu anda membina keyakinan pembeli untuk membeli barangan daripada anda menerusi urusniaga online.

Prestasi yang perlahan mungkin akan mengakibatkan anda kehilangan pelanggan yang datang melawat laman web anda. sekiranya laman anda mengalami masalah prestasi pada tahun 2011, ianya adalah penting untuk anda meningkatkan prestasi laman web anda.

Tetapi anda seharusnya pertimbangkan kadar pertumbuhan laman web anda untuk meningkatkan prestasi dan skala.

9) Beroperasi Dengan Lebih Efisien

Mengurangkan kos akan meningkatkan keuntungan anda. Pada permulaan tahun baru ini adalah masa yang sesuai untuk anda melihat semula kos anda. Pertimbangkan perkara-perkara berikut:

a) Lakukan proses rundingan semula dengan pembekal
b) Menghentikan pengeluaran produk yang memberi margin yang rendah atau pulangan yang sedikit
c) Mengenal pasti alternatif lain bagi tujuan perkapalan dan penghantaran barangan
d) Periksa sistem akaun anda dan pastikan proses penentuan harga dan invois adalah tepat
e) Mempertimbangkan semula operasi-opearsi perniagaan yang tidak penting dan fokus kepada aktiviti-aktiviti yang lebih menguntungkan.


 

Jenis Perniagaan Yang Boleh Dijalankan Secara Online


PERNIAGAAN YANG BOLEH DIJALANKAN SECARA ONLINE.

 
Perniagaan yang boleh dijalankan di rumah bukan semestinya boleh dilakukan oleh semua orang. Anda boleh menjalankan perniagaan anda di rumah walaupun anda seorang kanak-kanak, tua, lelaki atau perempuan. Anda boleh berjaya sekiranya anda mempunyai pelan perancangan, idea, kesihatan dan komitmen yang bersungguh-sungguh. Anda juga boleh berjaya jika mendapat sokongan daripada orang yang berada di sekitar anda.

Contohnya seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik beradik yang akan memberikan bantuan dalam bentuk material dan moral. Mereka perlu memahami kerjaya anda dan sentiasa memberikan sokongan.

 Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap sebelumnya. Bayangan kegagalan sentiasa bermain di fikiran dan benak mereka. Untuk berjaya anda perlu bersikap terbuka dan yakin di atas apa yang mahu anda lakukan. Anda juga perlu memastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya.

 Setiap usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan membuat perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh usaha anda. Sudah pastilah anda akan menemui seribu satu macam karenah dan gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku kerana amat mustahil bagi kita memenuhi semua tuntutan mereka.

Pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang yang akan anda ceburi nanti juga merupakan satu perkara penting yang akan menjadi ‘guru’ yang amat bernilai kepada anda kelak. Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan anda. Tanpa membuat pendedahan dan memperkenalkan perniagaan anda bermakna tiada gunanya usaha anda itu. Pendedahan yang dimaksudkan merupakan satu tugas yang begitu penting di dalam perniagaan anda, dengan lain perkataan ia disebut iklan.

 Sebab itulah peniaga yang berjaya selalunya telah memperuntukkan sebahagian besar belanjawannya untuk tujuan promosi dan iklan sahaja. Mereka akan memberitahu dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan meluas sekali. Bakal-bakal pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang sedang dijalankan dan bagaimana mereka boleh menghubungi anda kelak.

 Cara yang murah untuk membuat iklan ialah dengan mengedarkan risalah/flyer perniagaan anda yang lengkap dengan alamat dan nombor telefon bagi memudahkan mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai kemudahan lain seperti mesin faks, komputer dan internet ini boleh menambahkan lagi keupayaan perniagaan anda di mana anda boleh menjalankan perniagaan secara meluas tanpa sempadan.

 Gunakan semua kemudahan dan teknologi perhubungan yang ada jika anda mampu bagi meningkatkan perniagaan anda. Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan anda dengan kos yang agak murah. Kad-kad perniagaan / business card juga penting. Anda boleh dihubungi dan menghubungi pelanggan dengan pelbagai cara, sama ada secara terus, surat menyurat, telefon, faks, e-mel, internet dan sebagainya.

Perniagaan yang boleh anda ceburi tidak terhad bilangannya dan anda boleh memilih berbagai kategori yang ada. Ramai orang yang memulakan perniagaan tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, sebaliknya mereka maju dan berkembang melalui fizikal dan mental yang kuat serta modal dalam bentuk wang.

 Pemasaran yang lebih mudah akan membantu meningkatkan perniagaan anda dengan lebih cepat lagi. Salah satu cara pemasaran yang mudah, cepat dan popular serta tidak memerlukan kemahiran yang tinggi ialah dengan menggunakan kaedah mail order ataupun menggunanakan kaedah urusniaga pos. Di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada cara untuk menjalankan perniagaan dari meja makan di rumah anda.

 
Juru runding perniagaan

Perkhidmatan simpan kira syarikat (akaun)

Perkhidmatan kesetiausahaan

Perkhidmatan recycle (kitar semula)

Clipping service

Collection service

Perkhidmatan faks

Membuat promosi

Juru gambar

Katering

Merawat bunga / tanaman

Broker maklumat

Data sekuriti

Data masuk

Perunding perisian komputer

Guru komputer

Deejay secara kontrak

Promoter jualan

Broker cetakan

Broker hartanah

Broker kenderaan

Mencuci pangsapuri

Hiasan dalaman / Pengubahsuaian rumah

Ejen lelongan / jualan

Melukis papan iklan

Pengacara

Membaiki paip

Membaiki peralatan elektrik

Menaip

Menjahit

Menggubah bunga

Seni mengandam

Mengajar tusyen

Guru masakan

Menjual lauk pauk

Menjual sarapan pagi

Menyewakan bunga-bungaan

Menyewakan pita video

Guru fotografi

Guru jahitan

Guru sulaman / mengait

Guru musik

Guru nyanyian

Guru agama

Guru quran

Ketabiban

Rawatan tradisional

Mendandan rambut

Servis menjawab telefon

Seminar mutu diri

Membaiki motokar

Membaiki motosikal/basikal

Juru runding kewangan

Menyewakan bilik

Perunding perkahwinan

Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga

Menyewakan kenderaan

Mencari barangan antik

Jualan secara parti di rumah

Menjual melalui telefon

Perkhidmatan telefon jarak jauh

Perunding pelancongan

Menghantar barang

Membuat cop getah

Mencetak t-shirt

Membuat perabot

Membuat barangan kraf

Membuat kuih muih

Membuat biskut dan pastri

Melukis

Membuat grafik

Membaiki jeans dan pakaian

Membuat dan menjual aksesori wanita

Membuat dan menjual butang, lencana

Menjual cenderahati

Membuat pagar kayu

Menjual kayu api

Menjadi ejen import eksport

Menjual buah-buahan kampung

Menjual sayur-sayuran

Menjual ikan peliharaan

Melukis pelan rumah / bangunan

Menulis buku

Menulis novel

Menulis surat berita / newsletter

Pemberita bebas

Melukis kartun

Menulis artikel

Agensi pekerjaan

Agensi takaful atau insuran kenderaan / lesen / cukai jualan

Menulis surat rasmi

Mengisi borang rasmi

Menulis petisyen

Menerbitkan panduan hartanah

Typesetting

Penterjemah

Proofreading

Editor

 

Kelebihan Perniagaan Secara Online


Kelebihan e-dagang

Ramai diantara pengguna mahupun peniaga bertanyakan apakah sebenarnya kelebihan menggunakan e-dagang ini? Di sini, terdapat beberapa kelebihan e-dagang yang dapat dikupas secara ringkas. e-dagang sememangnya dapat membantu perniaga dan usahawan-usahawan tempatan meningkatkan pendedahan bisnes mereka dan secara tidak langsungnya menigkatkan hasil jualan produk dan perkhidmatan.

1)Menggantikan konsep manual

Ya, konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali ‘clik’ di internet tanpa membuang masa dan tenaga.

2)Pemasaran yang luas

Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk mencapai jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan.

3)Mengikut peredaran teknologi semasa

Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di internet dan melakukan pembayaran terus secara online.

4)Membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari

Kemungkinan sesuatu barang seperti ubat-ubatan atau barangan antik dari luar negara sukar diperoleh didalam negeri. Tetapi, sekiranya menggunakan khidmat e-dagang segala-galanya boleh didapati dengan begitu senang.

5)Membantu institusi lain untuk menjana pendapatan (transaksi)

Kemunculan pihak-pihak ketiga didalam e-dagang seperti syarikat-syarikat kewangan iPay88, Paypal dan sebagainya, membantu mereka menjana pendapatan dengan memberikan khidmat transaksi terbaik kepada pelanggan.

6)Cepat dan mudah

Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah 24jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.

7)Mengurangkan kos

Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.

8)Keuntungan yang optimum

Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya.

9)Modal yang rendah

Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah rendah.

10)Waktu bekerja yang flaksibel

Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan sampingan, maka perniagaan e-dagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana, melalui perniagaan secara online peniaga tidak memerlukan 8jam sehari dan 5hari seminggu untuk ke tempat kerja. Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang di sukai dan selesa.

11)Bekerja dimana-mana

Dimana ada laptop, disitulahlah ruang pejabat. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat-tempat awam seperti di dataran, restoran makanan dan sebagainya, asalkan selesa untuk melakukan kerja, segalanya boleh dilakukan. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa selama 2jam setiap hari, iaitu masa yang diambil untuk ketempat kerja. Malahan,sekiranya bekerja di rumah, penggunaan minyak kereta juga dapat dijimatkan.

12)Perniagaan Automatik

Anda tidak perlu sentiasa ada di depan laptop kerana perniagaan internet boleh di automasikan.

13)Menceburi lebih dari satu perniagaan

Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis.


 

Definisi Usahawan


Definisi Usahawan


 

Didalam Bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai "Entrepreneur". Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan Perancis "Entreprend" yang bermaksud“To Undertake”.

Didalam Bahasa Melayu, Usahawan membawa maksud individu yang mengusahakan sesuatu perniagaan.
 
Usahawan
 ditakrifkan sebagai individu yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. Antara rujukan daripada individu yang terkemuka adalah seperti :

Richard Cantillon (1680 – Mei 1734) seorang berbangsa Irish mendefinisikan usahawan sebagai individu yang membeli faktor-faktor pengeluaran pada harga tertentu dan membuat ciptaan baru, menjualnya pada masa hadapan dengan harga yang tidak pasti. Akibat daripada ketidakpastian ini, usahawan akan menanggung risiko, sama ada ia menanggung kerugian atau mendapat keuntungan.

David McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi.

Joseph Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan tersebut. 

Casson (1982) mendefinisikan usahawan adalah seorang yang mempunyaikepakaran dalam proses pembuatan keputusan tentang penyelarasan bahan-bahan mentah yang terhad.

Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan usahawan sebagai individu yang sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang orang lain tidak menyedarinya.usahawan akan mengambil tindakan secara imaginative, kreatif dan inovatif. Selanjutnya beliau menyatakan:

       “Entrepreneur is more than a just a risk-taker and innovator. He or she is the one who sees the future that no one else has seen and. If this perception is correct, bring about a reordering of resources to produce greater consumer satisfaction and technological efficiency”. 

 
-Pembaharuan Oleh Individu Usahawan- 

-Memperkenalkan Perkhidmatan atau barang keluaran baru.


-Memperkenalkan kaedah pengeluaran baru.
-Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baru.

-Menyusun semula industri yang diceburinya.
-Meneroka pasaran baru.

  
Dapat dirumuskan di sini usaha perlulah bersikap proaktif, inovatif, cenderung untuk mengambil risiko dalam peluang perniagaan. Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko, berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut peluang-peluang perniagaan. 

 
Sumber : http://evoltwikia.blogspot.com/2012/05/definisi-usahawan-didalam-bahasa.html

 

Definisi Perniagaan Online


 
Perniagaan internet merupakan perniagaan yang dilakukan secara online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan juga pembeli . Perniagaan internet juga adalah sama dengan perniagaan offline lain di mana ia tetap memerlukan tapak perniagaan, modal , barangan perniagaan, dan juga promosi untuk barang yang di niagakan itu . Apa yang   membezakan cumalah platform sahaja .

Terlalu banyak faedah yang boleh didapati menerusi internet . Ia hidup dan tidak pernah tidur selama 24 jam sehari , 7 hari seminggu dan 365 hari setahun . Perniagaan internet juga tidak membataskan perkara- perkara berikut iaitu budaya, bangsa , negara , sempadan , masa , jarak , dan juga masa. Di internet kaedah atau pendekatan pemasaran dan jualan juga adalah berbeza . Selain memerlukan kemahiran untuk mempromosikan barangan di internet , kita juga memerlukan beberapa tools sebagai sokongan untuk berjaya  dengan lebih cepat .
 
Segala – galanya boleh dijual di internet tidak kiralah sama ada produk yang ingin di jual mempunyai nilai atau tidak . Pasaran di internet adalah amat luas tanpa mengira sempadan geografi dan juga beroperasi selama 24 jam sehari . Inilah dunia perniagaan internet di mana transaksi jual beli yang berlaku kini bernilai berbilion dolar tanpa perlu si pembeli atau si penjual berjumpa untuk mengenali antara satu sama lain . 

Sumber : http://jurnalsem.blogspot.com/2012/05/definisi-perniagaan-internet.html