Kelebihan
e-dagang
Ramai diantara pengguna mahupun peniaga bertanyakan
apakah sebenarnya kelebihan menggunakan e-dagang ini? Di sini, terdapat
beberapa kelebihan e-dagang yang dapat dikupas secara ringkas. e-dagang
sememangnya dapat membantu perniaga dan usahawan-usahawan tempatan meningkatkan
pendedahan bisnes mereka dan secara tidak langsungnya menigkatkan hasil jualan
produk dan perkhidmatan.
1)Menggantikan konsep manual
Ya, konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang
ke kedai dan mengisi borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan
hanya sekali ‘clik’ di internet tanpa membuang masa dan tenaga.
2)Pemasaran yang luas
Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai,
berupaya untuk mencapai jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang
singkat. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet akses sahaja peniaga
dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan.
3)Mengikut peredaran teknologi semasa
Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang
cepat walaupun barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah
dengan mencari barangan di internet dan melakukan pembayaran terus secara
online.
4)Membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar
dicari
Kemungkinan sesuatu barang seperti ubat-ubatan atau
barangan antik dari luar negara sukar diperoleh didalam negeri. Tetapi,
sekiranya menggunakan khidmat e-dagang segala-galanya boleh didapati dengan
begitu senang.
5)Membantu institusi lain untuk menjana pendapatan
(transaksi)
Kemunculan pihak-pihak ketiga didalam e-dagang seperti
syarikat-syarikat kewangan iPay88, Paypal dan sebagainya, membantu mereka
menjana pendapatan dengan memberikan khidmat transaksi terbaik kepada
pelanggan.
6)Cepat dan mudah
Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta
merta dengan menembusi pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana
produk yang dipaparkan di internet adalah 24jam sehari dan 7 hari seminggu
tanpa sekatan.
7)Mengurangkan kos
Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus
membeli daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada
agen. Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk
mendapatkan barangan tersebut.
8)Keuntungan yang optimum
Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh
menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan
sebagainya.
9)Modal yang rendah
Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti
peniagaan offline, apa yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet.
Modal yang diperlukan juga adalah rendah.
10)Waktu bekerja yang flaksibel
Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan
sampingan, maka perniagaan e-dagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana,
melalui perniagaan secara online peniaga tidak memerlukan 8jam sehari dan 5hari
seminggu untuk ke tempat kerja. Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila
masa yang di sukai dan selesa.
11)Bekerja dimana-mana
Dimana ada laptop, disitulahlah ruang pejabat. Tidak
kira sama ada di rumah atau di tempat-tempat awam seperti di dataran, restoran
makanan dan sebagainya, asalkan selesa untuk melakukan kerja, segalanya boleh
dilakukan. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa selama 2jam setiap
hari, iaitu masa yang diambil untuk ketempat kerja. Malahan,sekiranya bekerja
di rumah, penggunaan minyak kereta juga dapat dijimatkan.
12)Perniagaan Automatik
Anda tidak perlu sentiasa ada di depan laptop kerana
perniagaan internet boleh di automasikan.
13)Menceburi lebih dari satu perniagaan
Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di
internet jauh lebih murah berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka
peluang yang lebih kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari
satu jenis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan