Definisi Usahawan
Didalam
Bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai "Entrepreneur". Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan Perancis "Entreprend" yang bermaksud“To
Undertake”.
Didalam Bahasa Melayu, Usahawan membawa maksud individu yang mengusahakan sesuatu perniagaan.
Usahawan ditakrifkan sebagai individu yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. Antara rujukan daripada individu yang terkemuka adalah seperti :
Richard Cantillon (1680 – Mei 1734) seorang berbangsa
Irish mendefinisikan usahawan sebagai individu yang membeli faktor-faktor
pengeluaran pada harga tertentu dan membuat ciptaan baru, menjualnya pada masa
hadapan dengan harga yang tidak pasti. Akibat daripada ketidakpastian ini,
usahawan akan menanggung risiko, sama ada ia menanggung kerugian atau mendapat
keuntungan.
David McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi.
Joseph
Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan
pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan
organisasinya sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang
dilakukan oleh individu usahawan tersebut.
Casson (1982) mendefinisikan usahawan adalah seorang yang
mempunyaikepakaran dalam proses pembuatan keputusan tentang penyelarasan
bahan-bahan mentah yang terhad.
Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan usahawan sebagai individu
yang sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang orang lain
tidak menyedarinya.usahawan akan mengambil tindakan secara imaginative, kreatif
dan inovatif. Selanjutnya beliau menyatakan:
“Entrepreneur is more than a just a
risk-taker and innovator. He or she is the one who sees the future that no one
else has seen and. If this perception is correct, bring about a reordering of
resources to produce greater consumer satisfaction and technological
efficiency”.
-Memperkenalkan Perkhidmatan atau barang keluaran baru.
-Memperkenalkan kaedah pengeluaran baru.
-Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baru.
-Menyusun semula industri yang diceburinya.
-Menyusun semula industri yang diceburinya.
-Meneroka pasaran baru.
Dapat dirumuskan di sini usaha perlulah bersikap proaktif, inovatif, cenderung untuk mengambil risiko dalam peluang perniagaan. Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko, berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut peluang-peluang perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan