Rabu, 13 November 2013

En. Aziz Samad Jutawan MLM


 
Nama sebenar beliau adalah Abdul Aziz Bin Abdul Samad merupakan seorang usahawan MLM/Network Marketing yang luar biasa hebat. Beliau berasal dari keluarga yang susah dan mempunyai bilangan adik beradik yang ramai. Beliau merupakan seorang kerani sebelum menceburkan diri dan menjadi usahawan MLM/Network Marketing.

Kisahnya bermula dengan gaya tipah tertipu oleh seorang kawannya 14 tahun yang lepas apabila beliau telah ditipu diajak datang temuduga untuk kerja sambilan. Beliau mula percaya bahawa MLM/Network Marketing merupakan salah satu landasan untuk orang yang miskin seperti beliau untuk mengubah hidup. Bermula dengan karier sebagai usahawan MLM/Network Marketing bersama dengan syarikat Zhulian Marketing, beliau mula mengorak langkah dan berjaya mencapai pendapatan terkumpul RM 1 juta (RM1,000,000) selepas 14 bulan.

Beliau telah menyertai 8 syarikat MLM/Network Marketing dan kebanyakannya berkubur begitu sahaja kerana syarikat yang tidak kukuh. Namun, setiap syarikat yang beliau sertai, beliau sempat mencapai status jutawan.

Sebelum beliau menyertai Kenshido International berteraskan produk Score A Programme, beliau bersama dengan sebuah syarikat MLM/Network Marketing dan mempunyai pendapatan yang stabil sekitar RM40 ribu (RM40,000) sebulan. Apabila beliau diperkenalkan dengan Score A Programme, beliau telah nekad dengan berhenti terus dari syarikat yang beliau sedang bergiat dan menyertai Kenshido International Sdn. Bhd. pada 1 April 2006.

Beliau telah menaja 8 orang pada hari pertama dan seterusnya meraih pendapatan RM28,800 pada bulan pertama penyertaan beliau. Seterusnya pada bulan kedua beliau meraih pendapatan RM108 ribu (RM108,000). Dalam masa 7 bulan pertama, beliau telah mengumpulkan RM1.2 juta (RM1,200,000) dan mencapai status jutawan pertama dan terpantas bersama Kenshido International Sdn. Bhd.

Pada hari ini, beliau telah melahirkan lebih 24 orang berstatus jutawan dalam Kenshido International Sdn. Bhd. disamping 1,000 orang yang berpendapatan 5 angka sebulan. Hasil dari kegigihan dan semangat luar biasa beliau, kini beliau berpendapatan lebih kurang RM 500, 000 sebulan. Kini beliau dinobatkan dengan gelaran Ikon Kenshido International Sdn. Bhd. Semasa perhimpunan 1 Kenshido yang berlansung di PICC Putrajaya, Sifu Aziz Samad telah dinobatkan sebagai Ikon MLM Malaysia atas sokongan Menteri KPDNKK Dato' Seri Ismail Sabri Bin Yaakob.

Terdapat lebih kurang 6,000 penggiat Score A Programme yang bergiat secara aktif di bawah rangkaian beliau di mana beliau sendiri mencurahkan keringat memberi tunjuk ajar dan membantu sehingga ke akar umbi. Kini rangkaian sifu Aziz Samad merupakan penyumbang terbesar kepada pendapat Kenshido International iaitu hampir 70% dari keseluruhan jualan bulanan Kenshido International.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan